Restoran Cawan Mu bakal bina tandas pintar

Christopher (kanan) bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan restoran Cawan Mu, Sri Lingaswaran menunjukkan hadiah yang dimenangi dalam Anugerah TOTYA 2023.
Christopher (kanan) bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan restoran Cawan Mu, Sri Lingaswaran menunjukkan hadiah yang dimenangi dalam Anugerah TOTYA 2023.
A
A
A

IPOH - Restoran Cawan Mu memanfaatkan kejayaan meraih Anugerah Toilet Of The Year (TOTYA) 2023 dengan melakukan anjakan ke arah tandas pintar.

Perancangan itu dilakukan selari dengan hasrat kerajaan memastikan tandas awam di negara ini bukan sahaja bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), tetapi dilengkapi teknologi bertaraf dunia.

Tandas pintar akan dilengkapi pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu dan sensor yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Pengurus Besarnya, Christopher Chong berkata, tandas pintar akan dilengkapi pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu dan sensor yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Wangian, sanitari beg untuk wanita dan tumbuhan segar juga disediakan sebagai pelengkap dan penambah seri tandas.
Wangian, sanitari beg untuk wanita dan tumbuhan segar juga disediakan sebagai pelengkap dan penambah seri tandas.

Menurutnya, melalui tandas pintar yang terbukti bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan dan keselesaan, tetapi paling penting menepati standard dan piawaian antarabangsa.

"Buat permulaan, tandas pintar akan kita bangunkan di cawangan baharu di Jalan Kampar yang kini dalam peringkat akhir pembinaan sebelum konsep sama diaplikasikan di dua lagi cawangan sedia ada iaitu di Bandar Seri Botani dan Ipoh Garden," katanya ketika ditemui Sinar Ahad.

Anugerah TOTYA 2023 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyaksikan Restoran Cawan Mu di Bandar Seri Botani mengungguli kedudukan pertama bagi kategori restoran.

Artikel Berkaitan:

Perincian diberikan pada pemilihan jubin di laluan masuk, kekemasan dinding hinggalah pintu tandas yang dihiasi corak batik.
Perincian diberikan pada pemilihan jubin di laluan masuk, kekemasan dinding hinggalah pintu tandas yang dihiasi corak batik.

Restoran yang menggabungkan konsep kafe dan berkongsi rangkaian dengan Hotel 1969 Business Suites itu mengetengahkan konsep warisan yang mewah dan moden.

Tinjauan dilakukan mendapati, ruangan dalam tandas dilengkapi sistem butang keselamatan supaya pengguna boleh mendapatkan bantuan segera sekiranya berdepan kecemasan.

Malah, tandas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di sini juga besar serta turut memiliki bilik persalinan bayi bagi memudahkan pelanggan yang membawa anak kecil.

Kemudahan lain yang disediakan termasuklah pengering tangan, cermin rias bersama kelengkapan asas diri, wangian, sanitari beg untuk wanita juga tumbuhan segar sebagai pelengkap dan penambah seri tandas.

Ruangan dalam tandas diberi rekaan ciri keselamatan yang tinggi lengkap dengan sistem butang keselamatan dan fasiliti sebagai bilik persalinan bayi
Ruangan dalam tandas diberi rekaan ciri keselamatan yang tinggi lengkap dengan sistem butang keselamatan dan fasiliti sebagai bilik persalinan bayi

Dalam pada itu, Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Sri Lingaswaran berkata, amalan kebersihan tandas telah menaikkan imej dan keyakinan orang ramai terhadap restoran itu.

Malah katanya, mereka kini diberi kepercayaan menjadi wakil bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam mewujudkan persekitaran tandas yang bersih di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Kami gembira apabila perkhidmatan tandas di restoran ini mula menjadi rujukan dan panduan premis dan restoran lain.

"Saya percaya, apabila melibatkan restoran, perkhidmatan kita bukan sekadar menyediakan hidangan yang sedap dan mewah, tetapi memastikan setiap sudut termasuklah tandas berada dalam suasana yang selamat dan selesa untuk pelanggannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!