Lelaki maut kereta bertembung bas ekspres

Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang di Kilometer 24 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada Sabtu.
Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang di Kilometer 24 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada Sabtu.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang di Kilometer 24 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki, cedera.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu bas dipandu lelaki berusia 48 tahun bersama 23 penumpang dari arah Kemayan menuju ke Bahau.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, datang sebuah kereta dipandu lelaki berusia 36 tahun bersama seorang lagi penumpang dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

"Kejadian itu menyebabkan kereta itu telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, akibat kemalangan itu penumpang kereta berkenaan cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Tambahnya, pemandu kereta itu pula cedera di bahagian kaki serta muka dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol.

"Pemandu bas bersama kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!