Tan Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea
BEREGU campuran utama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan hadiah istimewa buat Malaysia sempena ulang tahun ke-67 Hari Kemerdekaan negara apabila muncul juara KejohBadminton Terbuka Korea 2024 sebentar tadi.
Gelaran pertama tahun ini diraih selepas pasangan nombor sembilan dunia itu membenam cabaran beregu China, Guo Xin Wa-Li Qian dalam aksi final yang mendebarkan di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.
Tewas pada set pertama 17-21 kepada Xin Wa-Li Qian, pasangan negara bangkit memenangi permainan kedua 21-13 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Tang Jie-Ee Wei mengekalkan momentum positif pada set ketiga untuk mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 21-13 dalam tempoh 59 minit permainan.
Kejayaan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang wang kemenangan AS$33,180 (RM143,335).
Xin Wa-Li Qian pula meraih hadiah naib juara berjumlah AS$15,960 (RM68,946).
Sebagai rekod Terbuka Korea merupakan kejuaraan berstatus Super 500 pertama dalam tiga penampilan mereka di pentas final musim ini.
Kejayaan itu bakal membakar semangat beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk berdepan wakil tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong dalam aksi final petang ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!