Wanita maut dua motosikal bergesel

Seorang pembantu kedai makan maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Seorang pembantu kedai makan maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Jalan Kuala Ibai dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku jam 10.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mazenah Mamat, 50 yang juga pembantu kedai makan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dari arah rumah di Chendering menghala ke bandar Kuala Terengganu manakala sebuah lagi motosikal jenis Demak DVS di tunggang seorang pelajar dari arah rumah di Marang menghala ke SMK Sultan Sulaiman.

"Siasatan awal mendapati ketika mangsa sedang bergerak sebuah lagi motosikal dari arah bahu kiri jalan telah masuk ke laluan utama secara tiba-tiba menyebabkan kedua-duanya bergesel.

"Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

"Penunggang sebuah lagi motosikal, Muhammad Amirul Asyraf Husaini Hussin, 18 pula dibawa ke hospital sama di sini untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!