Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
PEMILIHAN pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh berkata, ‘dasar’ memandang pemain warisan sebagai jaguh juga perlu dihentikan kerana tidak semua pemain terbabit beraksi di peringkat tinggi.
"Ini masalah kita. Bila ada pemain warisan main di kelab luar negara, kita mesti anggap mereka macam bintang. Dia bermain dalam divisyen apa pun kita tidak tahu, kadang-kadang pasukan biasa saja.
"Jangan sebab hanya main di luar kita panggil, dan tiada kesan kepada pasukan. Pemain naturalisasi juga jangan tangkap muat, kita kena ingat pemain tempatan juga banyak tersadai,” katanya kepada pemberita.
Pada masa sama, jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Pulau Pinang 2024 itu berkata sudah tiba masanya pemain tempatan diketengahkan kerana dalam kalangan mereka mempunyai keupayaan jika diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.
Khamis lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan skuad Harimau Malaya dijangka menerima pemain warisan dalam masa terdekat iaitu penyerang St Louis City II, Wan Kuzain Wan Kamal di Amerika Syarikat. - Bernama
@sinarharianonline Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #Jersi #HarimauMalaya #Warisan
News - AShamaluevMusic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!