Pearly-Thinaah terlepas gelaran Terbuka Korea

Pearly (kiri) dan Thinaah muncul naib juara Terbuka Korea selepas tewas kepada pasangan tuan rumah di Seoul pada Ahad. Foto Agensi
Pearly (kiri) dan Thinaah muncul naib juara Terbuka Korea selepas tewas kepada pasangan tuan rumah di Seoul pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

IMPIAN untuk menghadiahkan kejuaraan berganda buat negara pada Terbuka Korea tidak tercapai apabila beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah tewas dalam saingan akhir di Seoul sebentar tadi.

Mereka yang menghuni ranking kesembilan dunia terpaksa akur kalah di tangan wakil tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong 21-12, 21-11 sekali gus terlepas gelaran pertama musim ini.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terdahulu membuka tirai final di Stadium Tertutup Mokpo merangkul kejuaraan pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Momentum positif tersebut bagaimanapun gagal diteruskan Pearly-Thinaah biarpun telah memperagakan semangat melawan yang tinggi dalam kejohanan berstatus Super 500 itu

Pujian wajar diberikan kerana ia merupakan final pertama mereka pada musim ini.

Selaku naib juara pasangan negara membawa pulang wang kemenangan bernilai AS$15,960 (RM68,946) dan 7,800 mata ranking, manakala Na-eun-Hye-jeong pula meraih AS$33,180 (RM143,335)

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!