'Syukur dapat bayi merdeka'- Anggota tentera

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Rizuyan meluahkan rasa bersyukur selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada tarikh keramat itu.
Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Rizuyan meluahkan rasa bersyukur selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada tarikh keramat itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) meraikan 14 bayi yang dilahirkan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-67 pada Ahad.

Daripada jumlah itu, sembilan adalah bayi lelaki manakala selebihnya perempuan yang dilahirkan secara normal atau pembedahan.

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Rizuyan Dollah, 41, meluahkan rasa bersyukur selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada tarikh keramat itu.

Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) meraikan 14 bayi yang dilahirkan sempenan ulang tahun kemerdekaan negara ke-67 pada Ahad.
Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) meraikan 14 bayi yang dilahirkan sempenan ulang tahun kemerdekaan negara ke-67 pada Ahad.

"Alhamdulillah ini merupakan cahaya mata kelima kami.

"Isteri saya, Azlina Ariffin, selamat melahirkan anak perempuan kami jam 10 pagi pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang ibu, Siti Suria Razali, 33, memberitahu, dia selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3 pagi.

"Saya sebenarnya tidak menjangka akan bersalin awal. Hal ini kerana tarikh asal bersalin seminggu lagi.

Artikel Berkaitan:

"Apapun, terima kasih kepada para doktor serta jururawat Hospital USM yang menyambut kelahirkan anak saya," ujarnya gembira.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!