Felda Jengka 24 perintis kempen Wakaf Vaganza 3.0

Muhamat Faizal (tiga dari kiri) sewaktu pelancaran kempen Wakaf Vaganza 3.0 di Felda Jengka 24 di Masjid Jengka 24 baru-baru ini.
Muhamat Faizal (tiga dari kiri) sewaktu pelancaran kempen Wakaf Vaganza 3.0 di Felda Jengka 24 di Masjid Jengka 24 baru-baru ini.
A
A
A

JENGKA - Felda Jengka 24 menjadi perintis Wakaf Vaganza 3.0 di negara ini dengan kutipan secara rasmi dijalankan oleh penduduk bermula sejak Jumaat lalu.

Program itu menggalakkan penduduk membabitkan 317 rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk berwakaf.

Pengurus Bahagian Keahlian Wakaf Felda, Muhamat Faizal Marjani As-Sarawaqi berkata, bagi Wilayah Jengka, kutipan kolektif secara individu disasarkan sebanyak RM700,000 untuk Wakaf Vaganza 3.0.

"Difahamkan Felda Jengka 24 menjadi perintis iaitu rancangan pertama melakukan kempen selepas ia dilancarkan pada 29 Ogos lalu," katanya ketika ditemui sempena pelancaran kempen itu di Masjid Jengka 24 di sini baru-baru ini.

Razak (kanan) ketika melakukan kempen kutipan Wakaf Vaganza 3.0 baru-baru ini.
Razak (kanan) ketika melakukan kempen kutipan Wakaf Vaganza 3.0 baru-baru ini.

Pelancaran kempen itu disempurnakan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Wisma Felda.

Jelas beliau, tahun ini sebanyak RM70 juta disasarkan bagi kutipan program itu membabitkan kategori individu terdiri 317 rancangan di seluruh negara dan badan korporat.

Ujarnya, peningkatan sasaran tersebut antaranya susulan pelbagai tawaran hadiah menarik ditawarkan bagi mereka yang berwakaf menerusi program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Peneroka, Razak Daud memberitahu, pihaknya akan terus menggiatkan kempen untuk menggalakkan peneroka dan penduduk di rancangan itu untuk berwakaf.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!