Dr Loga Bala dilantik Presiden MyPPP baharu

Dr Loga Bala ketika berucap pada Perhimpunan Agung ke 71 MyPPP di WTCKL pada Ahad.
Dr Loga Bala ketika berucap pada Perhimpunan Agung ke 71 MyPPP di WTCKL pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Progresif Rakyat (MyPPP) melantik Datuk Dr Loga Bala Mohan sebagai Presiden baharu selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan parti ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-71 yang diadakan pada Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Inder Singh Beant Singh berkata, pelantikan itu disokong sebulat suara oleh para perwakilan.

“Pada AGM kali ini kita turut mengusulkan beberapa pindaan antaranya meminda perlembagaan parti, penstrukturan semula jawatan Naib Presiden Kanan ditukar nama sebagai Timbalan Presiden.

“Ini juga termasuklah mencadangkan penjenamaan semula logo parti serta akan kembali dikenali sebagai PPP, selepas pindaan diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS),” katanya kepada pemberita selepas AGM itu pada Ahad.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima dari kanan) bersama Presiden MyPPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan (enam dari kiri) bergambar pada Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke -71 yang diadakan di WTCKL pada Ahad.
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima dari kanan) bersama Presiden MyPPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan (enam dari kiri) bergambar pada Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke -71 yang diadakan di WTCKL pada Ahad.

Pelantikan Loga Bala itu dibuat bagi menggantikan mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 17 November 2023.

Sebelum ini, Loga Bala yang menjawat jawatan Naib Presiden Kanan parti itu memangku jawatan presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti itu yang menetapkan bahawa Naib Presiden kanan akan bertindak sebagai Presiden sekiranya jawatan itu kosong.

Inder Singh berkata, kerusi Timbalan Presiden MyPPP itu kini diisi oleh Datuk Mohan A Kandasamy yang sebelum ini adalah Naib Presiden.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, MyPPP yang ditubuhkan pada 1953, ketika ini mempunyai 320,000 keahlian di 119 bahagian dan 3,119 cawangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!