DBKL mahu kekal juara Anugerah Taman Perdana Floria

Zaliha (empat dari kiri) menyampaikan sijil dan trofi kepada Maimunah (lima dari kiri) untuk Anugerah Pilihan Pengunjung Floria.
Zaliha (empat dari kiri) menyampaikan sijil dan trofi kepada Maimunah (lima dari kiri) untuk Anugerah Pilihan Pengunjung Floria.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengekalkan kemenangan bagi Anugerah Taman Perdana Floria pada Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya akan datang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, jabatan tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk bersaing dan memenangi anugerah berkenaan.

“Ini penyertaan kali ke-13. Juara bertahan, dua tahun akan datang kita jadi juara lagi,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Penutup RFP 2024 pada Ahad.

DBKL membawa pulang sebanyak RM10,000 sebagai ganjaran utama dalam anugerah yang diterimanya.

Dalam festival sama, DBKL turut memenangi Anugerah Pilihan Pengunjung Floria dan menerima trofi serta sijil.

Floria Diraja Putrajaya 2024 mempamerkan lebih 500 jenis orkid daripada pelbagai spesies dan hibrid pelbagai warna termasuk lebih 15 koleksi orkid khas yang terdiri daripada nama-nama Diraja dan orang kenamaan.

Tema festival itu tahun ini ialah 'Raikan Bersama, Celebrate Together!' bermula 9 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis, manakala 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.

Mengulas lanjut, Maimunah memaklumkan seramai 77,449 pengunjung yang hadir ke reruai DBKL sepanjang festival itu berjalan dari 22 hingga 31 Ogos.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!