17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas ditemukan

Mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian - Foto: Agensi
Mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian - Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian, menurut Kementerian Kecemasan Rusia, lapor Sputnik.

"Setakat ini, 17 mayat telah ditemukan. Pencarian mangsa masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Helikopter itu dilaporkan hilang daripada radar di kawasan berbukit pada Sabtu. Dilaporkan terdapat 19 penumpang dan tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

Kementerian Kecemasan berkata sembilan pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke lokasi nahas. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!