Cadangan pampasan keluarga mangsa tanah jerlus dibawa ke Kabinet

Keadaan lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India ketika tinjauan foto Bernama pada Ahad. Foto Bernama
Keadaan lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India ketika tinjauan foto Bernama pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa wanita India yang terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India akan dibincangkan mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan segera dalam Kabinet pada minggu hadapan.

“Kita mencadangkan untuk berbincang dan bawa ke Kabinet tentang perkara tersebut. InshaALLAH, minggu depan dan kita ada mesyuarat,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang akhbar selepas Majlis Penutup Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2024 di Persisiran Tasik Presint 2, di sini.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Pada Sabtu, Dr Zaliha memaklumkan bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India di ibu kota.

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Artikel Berkaitan:

Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Sementara itu, Maimunah berkata, rangka kerja bagi proses baik pulih tanah jerlus dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

Tambah beliau, ia termasuk pelaksanaan audit integriti, pemeriksaan saluran air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kajian kekukuhan tanah dari segi geologi di kawasan berkenaan.

“Sebab itu, ia memakan masa kerana kita perlukan kajian terperinci iaitu dari pintu gerbang Kampung Baru hingga ke Mydin (di Jalan Masjid India),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!