Lelaki jatuh laut bersama lori dipandu ditemui lemas

Mayat mangsa berjaya ditemui selepas usaha pencarian dijalankan pasukan PPDA pada Ahad.
Mayat mangsa berjaya ditemui selepas usaha pencarian dijalankan pasukan PPDA pada Ahad.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Lelaki yang terjatuh ke dalam laut bersama lori dipandunya ditemui lemas dekat Pelabuhan Barat di sini pada petang Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 5 petang oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, saksi mengatakan ketika kejadian lori terbabit dalam keadaan laju dan melanggar batu penghadang sebelum terjatuh ke dalam laut.

"Semakan awal mendapati mangsa mula bekerja sebagai pemandu sejak 21 Disember 2021.

"Jarak mangsa ditemui adalah kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian dan pada kedalaman kira-kira 13 meter," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam laut.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Lelaki jatuh laut bersama lori dipandu ditemui lemas #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #JalanRaya #Kemalangan #Lori #Lemas #Maut #Mayat

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!