Lelaki maut ditetak akibat perselisihan faham

Pasukan polis dari IPD Tawau ke lokasi kejadian mangsa ditetak dan seorang suspek ditahan di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau.
Pasukan polis dari IPD Tawau ke lokasi kejadian mangsa ditetak dan seorang suspek ditahan di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki maut ditetak dengan parang berlaku perselisihan faham dalam kejadian di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada abang mangsa kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Indah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menuju ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pihak polis menemui mayat lelaki dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan di dalam sebuah rumah.

"Polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menemui parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati suspek merupakan warga asing yang bekerja sebagai buruh di kebun di kawasan Kampung Ranggu Cina.

"Motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa dan keluarga suspek," katanya,

Artikel Berkaitan:

Jasmin berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) akan dijalankan esok di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!