Polis rampas benih udang kara seludup bernilai RM3.31 juta

Sebanyak 46 kotak gabus berisi benih udang kara ditemui dalam sebuah bot fiber yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan.
Sebanyak 46 kotak gabus berisi benih udang kara ditemui dalam sebuah bot fiber yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas benih udang kara seludup bernilai RM3.31 juta di perairan Tanjung Merak, Pengerang dekat Kota Tinggi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd Syamsuri Mohamad berkata, rampasan dilakukan Unit Risikan Marin (URM) pada 12 tengah hari, menerusi Op Taring Gelora.

Menurutnya, kegiatan itu dipatahkan selepas URM berjaya memintas dan memberhentikan sebuah bot fiber, yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas bot menemukan sebanyak 46 kotak gabus berisi benih udang kara tersebut.

"Disyaki, sindiket ini menjalankan kegiatan penyeludupan dengan mendapatkan bekalan benih dari negara luar bagi pasaran tempatan dan juga luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang merupakan tekong bot turut ditahan dalam operasi itu serta menyita bot fiber dan dua enjin sangkut jenama Suzuki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Perikanan 1985.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!