Gajah kembar dilahirkan di Selatan Myanmar, kejadian jarang berlaku

Anak gajah yang dilahirkan kembar di kem gajah Wingabaw di wilayah Bago, Myanmar pada 26 Ogos lalu. - Foto: Xinhua
Anak gajah yang dilahirkan kembar di kem gajah Wingabaw di wilayah Bago, Myanmar pada 26 Ogos lalu. - Foto: Xinhua
A
A
A
YANGON - Kejadian jarang berlaku apabila sepasang gajah kembar, jantan dan betina, dilahirkan di wilayah Bago, selatan Myanmar, lapor Xinhua.

Pada 26 Ogos, seekor gajah betina berusia 21 tahun bernama Pearl Sandar melahirkan kembar di kem gajah Wingabaw. Anak pertama, seekor betina, dilahirkan diikuti anak jantan kira-kira empat minit kemudian, kata Myo Min Aung, doktor haiwan di kem itu kepada Xinhua pada Ahad.

Dua hari pertama, anak gajah itu tidak dapat minum susu ibunya, jadi kembar itu diberi susu menggunakan botol. Menjelang hari ketiga, pasangan kembar itu mula meminum susu ibu mereka, yang lebih berkhasiat dan bermanfaat untuk mereka, katanya.

Kelahiran gajah kembar adalah kejadian yang jarang berlaku di Myanmar, dengan hanya 12 kes direkodkan sejak 1960, tambahnya.

Pada masa ini, terdapat sembilan ekor gajah di Kem Gajah Wingabaw, termasuk pasangan kembar baharu itu, dan kakitangan kem komited untuk memberikan penjagaan khas kepada haiwan itu berikutan keunikan kejadian ini. - Bernama
Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!