PRN Sabah: Peluang Pas tipis jika tidak bekerjasama dengan parti lain

Gambar hiasan. Gambar kecil: Profesor Dr Mohd Izani
Gambar hiasan. Gambar kecil: Profesor Dr Mohd Izani
A
A
A

SHAH ALAM - Peluang Pas untuk menang di kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang agak tipis jika tidak bekerjasama dengan parti lain.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, kekuatan Pas di sana masih belum cukup untuk menandingi parti lain.

“Agak sukar Pas untuk mempunyai potensi menang kerusi di Sabah jika bersendirian kecuali Pas bekerjasama dengan parti lain.

“(Sebelum ini) Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti lain dalam kenyataan baru-baru ini.

“Ia bermakna kekuatan Pas belum cukup kuat untuk menang kecuali mereka bekerjasama,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohd Izani memaklumkan, penyertaan parti berkenaan dalam PRN Sabah lebih kepada strategi untuk mempromosi Pas kepada pengundi di sana.

Bagaimanapun katanya, tidak dapat dinafikan jumlah sokongan kepada parti tersebut sudah bertambah.

Sebelum ini, media melaporkan, Pas memberi bayangan akan kembali bertanding dalam PRN Sabah akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Abdul Hadi, jumlah kerusi untuk ditandingi parti berkenaan terpulang kepada kekuatan jentera di Sabah.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, Pas Sabah telah mencapai 20,000 keahlian melibatkan di tiga zon iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!