Prabowo Subianto, bakal Presiden kelapan Indonesia

Kemuncak kejayaan Prabowo apabila dipilih rakyat Indonesia sebagai presiden mereka pada 2024.
Kemuncak kejayaan Prabowo apabila dipilih rakyat Indonesia sebagai presiden mereka pada 2024.
A
A
A

JAKARTA - Setelah dua kali mencuba dan gagal, sosok personaliti politik prolifik Indonesia, Prabowo Subianto akhirnya akan menduduki kerusi pemerintahan tertinggi negara itu apabila bakal menjadi presiden pada Oktober 2024 ini.

Perjalanan beliau untuk berada dikedudukan itu tidak hadir dengan mudah kerana beberapa kali tewas dalam pertandingan merebut 'takhta' berkenaan.

Bagaimanapun, Prabowo, 72, yang dikenali sebagai seorang figura yang tidak kenal erti putus asa akhirnya berjaya menamatkan 'badi kegagalan' apabila diumumkan sebagai Presiden Indonesia untuk tempoh 2024-2029 apabila disahkan memenangi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU).

Pada pilihan raya berkenaan, beliau dan pasangannya Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus jumlah keseluruhan bagi jawatan presiden dan naib presiden Indonesia.

"Kemenangan ini sepatutnya menjadi kemenangan untuk semua rakyat Indonesia," kata Prabowo pada Rabu malam, apabila beliau mempunyai kira-kira 58 peratus undi berdasarkan undi yang dikira dalam sampel pusat mengundi di seluruh negara.

Prabowo
Prabowo

SIAPA PRABOWO SUBIANTO

Artikel Berkaitan:

Terkenal dengan frasa yang dibawakan, 'tak mungkin capai kesejahteraan, tanpa ada kepercayaan rakyat pada pemimpinnya' ini dilahirkan pada 17 Oktober 1951 di Jakarta, anak kepada pasangan Seomitro Djojohadikusumo dan Dora Marie Sigar merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Prabowo ketika tiba di Papua New Guinea dalam satu lawatan beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Prabowo ketika tiba di Papua New Guinea dalam satu lawatan beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau merupakan daripada keturunan keluarga elit dan bangsawan, mereka sangat terkenal di Indonesia.

Datuknya, Margono Djojohadikusumo merupakan anggota Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), dan antara pendiri Bank Negara Indonesia (BNI).

Sementara ayahnya, merupakan bekas menteri ekonomi dan seorang profesor bidang ilmu ekonomi.

Pernah belajar di Malaysia

Sejak kecil, Prabowo sering merantau kerana mengikuti tugas ibu bapanya dari satu tempat ke satu tempat.

Disebabkan itu, Prabowo sering berganti-ganti sekolah bermula dari sekolah rendah di Hong Kong, Malaysia (Victoria Institution), Switzerland (Zurich International School) sehingga menamatkan pengajian di peringkat menengah atas di American School di London.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Pada usia 16 tahun, Prabowo kembali ke Indonesia dan mula menceburi dalam aktiviti kemasyarakatan.

Sejak itu, Prabowo semakin bergiat aktif dalam arena politik. Beliau pertama kali menubuhkan badan bukan kerajaan di Indonesia, iaitu Lembaga Pembangunan.

Walau bagaimanapun, perjalanannya dalam bidang politik terbantut seketika pada tahun 1970.

Ini kerana, pada usia 19 tahun Prabowo mengambil keputusan untuk melanjutkan pendidikan di Akademi Tentera Nasional (AMN) di Magelang, Jawa tengah.

DIPECAT DARIPADA TENTERA

Prabowo pada satu ketika dipecat daripada tentera di tengah-tengah spekulasi pencabulan hak asasi, serta dibuang negara ke Jordan dan pernah diharamkan dari Amerika Syarikat.

Prabowo ketika muda.
Prabowo ketika muda.

Daripada keluarga elit Indonesia dan pernah menjadi menantu kepada mendiang Presiden Suharto, Prabowo telah lama dituduh terlibat dalam penculikan aktivis pelajar pada 1998 dan pencabulan hak asasi manusia di Papua dan Timor Timur.

Tuduhan itu tidak terbukti dan Prabowo sentiasa menafikan sebarang berita itu.

Bagaimanapun bekas komander pasukan khas itu telah melalui transformasi imej yang luar biasa sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2019.

Hingga akhirnya pada 2024 tiada lagi yang dapat menghalanginya untuk memimpin sebuah negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu. Selamat memimpin buat bapak Prabowo. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!