Slot ikut jejak Sven-Goran Erikson, samai rekod 88 tahun Liverpool
APA YANG TERJADI?
ARNE Slot memulakan kariernya di Liverpool dengan dua kemenangan meyakinkan ke atas Ipswich Town dan Brentford. Namun, kemenangan 3-0 The Reds ke atas Manchester United di Old Trafford pada lewat malam Ahad adalah yang paling meyakinkan setakat ini kerana mereka berjaya mendominasi tuan rumah. Luis Diaz menjaringkan dua gol dan Mohamed Salah juga menyumbangkan gol untuk memastikan permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sempurna.
GAMBARAN BESAR
Dengan 'clean sheet' terbaharu ini, Slot kini menyamai rekod mendiang Sven-Goran Eriksson. Pada tahun 2007, pengurus dari Sweden itu memenangi tiga perlawanan EPL pertamanya bersama Manchester City tanpa bolos sebarang gol. Slot menjadi pengurus pertama melakukan perkara yang sama sejak Eriksson 14 tahun lalu.
TAHUKAH ANDA?
Slot juga menjadi pengurus Liverpool pertama yang memenangi perlawanan 'away' pertamanya menentang Manchester United dalam tempoh 88 tahun. Pengurus terakhir The Reds yang berjaya melakukannya adalah legenda kelab, George Kay yang memenangi perlawanan liga pertamanya di tempat lawan menentang United pada tahun 1936.
APA SELEPAS INI BUAT SLOT?
Pengurus dari Belanda itu kini mempunyai masa dua minggu untuk melatih semua anggota skuadnya susulan rehat antarabangsa. The Reds akan kembali beraksi menentang Nottingham Forest pada 14 September.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!