Old Trafford umpama 'kubur' buat pemain United - Neville

Reaksi pemain United, Lisandro Martinez (kiri) dan Bruno Fernandes selepas tewas kepada Liverpool. Foto AFP
Reaksi pemain United, Lisandro Martinez (kiri) dan Bruno Fernandes selepas tewas kepada Liverpool. Foto AFP
A
A
A

BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville menyifatkan Old Trafford seperti 'kubur' untuk pemain dan dia percaya kelab itu akan memecat Erik ten Hag sebelum akhir musim jika keadaan tidak bertambah baik dalam masa beberapa bulan.

United tewas buat kali kedua dalam tempoh sembilan hari apabila dibelasah 0-3 di laman sendiri oleh seteru utama, Liverpool pada Ahad.

Pasukan Ten Hag telah memulakan musim dengan kemenangan 1-0 ke atas Fulham sebelum tewas 1-2 di Brighton.

Sebelum ini, pengendali kelahiran Belanda itu dijangka kehilangan pekerjaannya pada penghujung musim lalu selepas United mengakhiri kempen EPL paling teruk dalam sejarah dari segi kedudukan akhir (kelapan), tetapi dia diselamatkan selepas menewaskan Manchester City dalam Piala FA.

Bagaimanapun, Neville bimbang pemilik kelab Sir Jim Ratcliffe akan mula hilang sabar.

"Setiap pengurus yang datang ke kelab ini telah bergelut. Ada perasaan hari ini, adakah pasukan akan melalui perkara yang sama sekali lagi?

"Tetapi saya fikir ia adalah masa untuk bertenang, ia adalah rehat antarabangsa yang mungkin sangat diperlukan untuk United.

"Tetapi Erik ten Hag perlu meletakkan kelab itu dalam satu kedudukan, seperti mencabar Liga Juara-Juara menjelang Krismas atau dia akan menghadapi masalah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Neville bimbang tidak kira sama ada Ten Hag kekal atau pergi United mungkin terus menghadapi kesukaran untuk menarik pemain bola sepak terbaik dunia ke Old Trafford yang didakwanya telah menjadi kubur.

"Masalah terbesar yang dihadapi Man United ialah tiada motivasi pada masa ini untuk pemain terbaik di Eropah.

"Sejak 10 tahun yang lalu, ia telah menjadi tanah perkuburan untuk pemain, secara amnya yang datang ke kelab dengan reputasi besar dan mereka tidak melakukannya dengan baik sama ada pemain tempatan atau pemain lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!