Syarikat, 2 pemilik warga Jordan didakwa lewat, gagal SST lebih RM200,000

Shahidan (kanan) bersama anak guamnya, Rani Ahmad (dua, kiri) dan Mohammad Ahmad selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas 19 pertuduhan pertuduhan lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan serta gagal membayar cukai perkhidmatan bernilai lebih RM209,070.34 termasuk penalti.
Shahidan (kanan) bersama anak guamnya, Rani Ahmad (dua, kiri) dan Mohammad Ahmad selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas 19 pertuduhan pertuduhan lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan serta gagal membayar cukai perkhidmatan bernilai lebih RM209,070.34 termasuk penalti.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah syarikat dan dua pemiliknya warga Jordan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas 19 pertuduhan lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta gagal membayar cukai perkhidmatan bernilai RM209,080.34.

Syarikat Zamzam Arabic Food Holding Sdn Bhd dan Rami Ahmad Mohammad Alsa`bi, 47, dan Mohammad Ahmad Mohammad Alsa'bi, 55, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kesemua kertas pertuduhan, syarikat terbabit bersama Rami Ahmad dan Mohammad Ahmad didakwa bersama-sama sebagai orang kena cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 didapati lewat mengemukakan penyata perkhidmatan kepada ketua pengarah kastam sepertimana ditetapkan di bawah Seksyen 26(6)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Mereka yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) juga didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang perlu dibayar dalam waktu yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam sepertimana yang ditetapkan di bawah seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Tindakan itu telah menyebabkan syarikat dan Rami Ahmad dan Mohammad Ahmad didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 26(7) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Syarikat tersebut dan Rami Ahmad dan Mohammad Ahmad didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan di dalam waktu yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam dan kesalahan di bawah seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Kesemua OKS didakwa melakukan perbuatan itu di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota di sini, antara September 2019 sehingga Ogos 2023.

Ia membabitkan nilai cukai antara RM7,791 hingga RM23,899 dengan nilai keseluruhan termasuk penalti sebanyak RM209,080.34.

Artikel Berkaitan:

Jika disabitkan kesalahan, kesemua OKS boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Norhafizah Ahmad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Shahidan Baharom.

Sebelum itu, Shahidan mewakili anak guamnya memaklumkan kepada mahkamah akan mengemukakan representasi kepada pihak jabatan.

Jelasnya, ini bagi menyemak semula kesemua pertuduhan yang kemukakan pihak pendakwaan pada Isnin.

Hakim bagaimana menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ringkasan berita:

  • Pertuduhan: Syarikat dan dua pemilik warga Jordan didakwa lewat serah penyata SST dan gagal bayar cukai RM209,080.34.
  • Pengakuan: Semua tertuduh mengaku tidak bersalah.
  • Kesalahan: Lewat serah penyata dan gagal bayar cukai dalam tempoh ditetapkan.
  • Penalti: Hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara tiga tahun.
  • Sebutan Semula: Kes disambung 11 November; peguam akan semak semula pertuduhan.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!