Lagu ‘Bersama Satu Suara’ memeriahkan Bazar Merdeka MR D.I.Y
PERUNCIT terkemuka negara, Kumpulan MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y.) memeriahkan Bazar Merdeka 'Bersama Satu Bazaar' dengan persembahan istimewa lagu patriotik yang diilhamkan jenama berkenaan berjudul ‘Bersama Satu Suara’.
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh Alif Satar, The Locos, Jaclyn Victor dan Priscilla Abby pada 31 Ogos lalu bertempat di di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Alex Goh berkata, di samping nyanyian ‘Bersama Satu Suara’, MR D.I.Y turut mengadakan pameran seni galeri perpaduan bagi meraikan kepelbagaian dan kreativiti rakyat Malaysia.
“Bersama Satu Bazaar adalah untuk meraikan kebanggaan dan perpaduan sebagai rakyat Malaysia dalam satu acara yang menyeronokkan serta menghiburkan.
“Segala aktiviti yang disediakan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk semua pengunjung mencipta kenangan bermakna di samping meraikan negara Malaysia dan menghargai keistimewaan kita sebagai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, MR D.I.Y turut memaklumkan, Bersama Satu Bazaar itu menghimpunkan 100 gerai vendor makanan tempatan dan produk popular di Malaysia serta barangan keluaran jenama tersebut iaitu MR. TOY, EMTOP dan MR. DOLLAR.
Menurutnya, ia juga menampilkan aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik dan kraf yang kebanyakan dihasilkan oleh usahawan dan peniaga tempatan.
Pada masa sama, acara tersebut turut mengadakan permainan menyeronokkan, bengkel kreatif dan persembahan menarik sepanjang tiga hari ia berlangsung bermula 30 Ogos hingga 1 September lalu.
“DNA (ujian asid deoksiribonukleik) unik Malaysia ini amat kami hargai di MR D.I.Y dan ini adalah cara kami berkongsi penghargaan tersebut dengan semua rakyat Malaysia.
“Kami sangat teruja meraikan ulang tahun ke-67 Malaysia bersama anda,” kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!