KK Super Mart buka cawangan pertama di Pulau Pinang

Kon Yeow (dua dari kanan) ketika merasmikan pembukaan kedai baharu KK Super Mart di Ayer Itam pada 30 Ogos lalu.
Kon Yeow (dua dari kanan) ketika merasmikan pembukaan kedai baharu KK Super Mart di Ayer Itam pada 30 Ogos lalu.
A
A
A

RANGKAIAN kedai serbaneka KK Super Mart melebarkan sayap perniagaannya apabila membuka cawangan yang ke-883 di Pulau Pinang pada 30 Ogos lalu.

Pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, pembukaan kedai baharu yang terletak di Ayer Itam, sehari sebelum sambutan Merdeka itu merupakan hari bersejarah buat KK SUPER MART yang pertama di Pulau Pinang.

Menurutnya, tarikh 30 Ogos 2024 dipilih sebagai tarikh pilihan dan tarikh untuk diingati.

"Kami telah buktikan segalanya tidak mustahil kerana impian menjadi kenyataan mempunyai KK Super Mart di Pulau Pinang tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan pembukaan cawangan ke-883 baru-baru ini.

Hadir merasmikan pembukaan cawangan ke-883 KK Super Mart, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dalam pada itu, Chai berkata, Pulau Pinang merupakan negeri kedua di utara Semenanjung Malaysia selepas Perak yang mempunyai lebih daripada 50 cawangan.

KK Super Mart merupakan cawangan ke-883 di seluruh negara.
KK Super Mart merupakan cawangan ke-883 di seluruh negara.

Jelasnya, dengan perancangan yang teliti dan mempunyai barisan pekerja yang berdedikasi KK Super Mart akhirnya berjaya bertapak di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

"Pembukaan KK Super Mart di kawasan Ayer Itam ini mampu memberi nafas baharu kepada pembangunan di sini.

"Berada di lokasi yang strategik dengan kelebihan beroperasi 24 jam, KK Super Mart menyediakan lebih daripada 6,000 SKU (kod bar) serta pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan pembayaran melalui e-wallet dan servis pembayaran bil.

"Dalam mementingkan ciri keselamatan pelanggan dan pekerja, semua KK Super Mart dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dengan pengecaman wajah dan pantauan berkala daripada pasukan keselamatan selama 24 jam," ujarnya.

Beliau berkata, dengan kelebihan SKU serta pemberian harga promosi produk ketika musim perayaan atau bulanan ia memberi peluang kepada masyarakat berbelanja dengan lebih bijak.

Selain itu, tambahnya ia memberi peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk persekitaran.

"Ciri-ciri inilah yang dilihat memberikan keselesaan kepada penduduk sambil pelanggan mudah berbelanja di persekitaran yang selesa dan selamat.

"Kita merancang lebih banyak cawangan KK Super Mart akan dibuka di Pulau Pinang dan pelbagai promosi menarik dan tawaran istimewa untuk direbut oleh pelanggan kami," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!