Piala Raja Thai: Malaysia raih emas acara regu

Aksi pasukan negara ketika berdepan India dalam perlawanan akhir di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Aksi pasukan negara ketika berdepan India dalam perlawanan akhir di Nakhon Ratchasima, Thailand.
A
A
A

SKUAD sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pada perlawanan akhir pada Isnin, regu negara dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam turun dengan aksi mengagumkan apabila menguasai set pertama dengan 15-5.

Regu negara ternyata sukar digugat apabila melengkapkan kemenangan 15-9 untuk membawa pulang emas buat Malaysia.

Terdahulu, Malaysia meraih kemenangan dalam ketiga-tiga aksi divisyen premier liga sepusingan disertai lima negara itu sebelum aksi penentuan pingat emas berdepan India.

Turut mengambil bahagian pada kejohanan kali ini ialah Singapura, China dan Brunei.

Seteru utama skuad negara, Thailand tidak menyertai acara regu lelaki.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!