Paralimpik Paris 2024: Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia

Cheah Liek Hou mempertahankan kejuaraan Sukan Paralimpik 2024 sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama negara di Paris sebentar tadi.
Cheah Liek Hou mempertahankan kejuaraan Sukan Paralimpik 2024 sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama negara di Paris sebentar tadi.
A
A
A

JAGUH badminton negara, Cheah Liek Hou berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan kejuaraan Sukan Paralimpik 2024 sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama negara di Paris sebentar tadi.

Kejayaan tersebut dilakar selepas pemain nombor satu dunia itu menumpaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) secara straight set di Porte de La Chapelle Arena.

Pemain berusia 36 tahun yang dibimbing Nova Armada itu tenang memulakan saingan set pertama untuk menang 21-13.

Suryo cuba bangkit pada set kedua, namun malang menimpanya apabila terjatuh ketika mengejar mata 13-15 sebelum diberi rawatan di tepi gelanggang.

Beliau kemudian meneruskan permainan, namun dengan langkah yang lebih berhati-hati bagi mengelak kecederaan kaki yang lebih serius.

Situasi itu dimanfaatkan Liek Hou apabila meneruskan momentum positif untuk mengesahkan kemenangan 21-15 pada set kedua.

Kejayaan itu melebarkan jurang kemenangan Liek Hou ke atas Suryo kepada 14 kali daripada 17 pertemuan.

Sebagai rekod, pada edisi Paralimpik 2020 di Tokyo tiga tahun lalu, Liek Hou mengalahkan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!