Ekonomi rakyat semakin stabil, pasar raya penuh pada 31 Ogos
CUTI sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu Merak Jalanan ambil peluang berjalan-jalan di shopping mall besar.
Niat hati nak tengok abang bomba beraksi di Putrajaya dalam perarakan Hari Kemerdekaan ke- 67 tetapi memandangkan terfikir ramai pengunjung tambahan pula sudah lewat, jadi hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Menjelang jam 11 pagi, Merak Jalanan ambil keputusan untuk window shopping beli barang keperluan almari dan untuk rehatkan minda. Orang kata cuci mata kalau tak membeli sekali pun.
Anggapan Merak Jalanan, mungkin cuti peristiwa ini, ramai penghuni bandar keluar balik kampung atau pun pergi healing ke tempat lain yang lebih tenang. Tidak ramai orang lebih selesa di shopping mall.
Rupanya, sampai sahaja di parkir shopping mall, Merak Jalanan terpaksa pusing dua tiga kali mencari parkir kosong. Jenuh mencari sebab parkir penuh. Hampir 15 minit baru dapat rezeki parkir kosong.
Itu baru perihal cari parkir kosong. Belum lagi masuk dalam mall. Apa yang Merak Jalanan boleh ceritakan, dalam shopping mall itu dah jadi macam pasar malam. Boleh berlaga bahu bila berjalan.
Bukan Merak Jalanan nak perlekehkan apa yang berlaku, cuma nak ceritakan bahawa ramai pengunjung sehinggakan foodcourt dan restoran-restoran full house. Ada pula yang setia berbaris menanti meja kosong.
Belum lagi yang di tangan penuh dengan beg-beg belian. Dari rasa tak selesa terus Merak Jalanan rasa kagum dan bangga dengan kuasa membeli rakyat Malaysia hari ini.
Kalau dulu, kita dapat lihat suasana ini hanya berlaku pada musim perayaan tapi sekarang tidak lagi.
Apa yang berlaku ini dapat Merak Jalanan simpulkan bahawa ekonomi rakyat pada hari ini sudah stabil. Bila kuasa beli rakyat sudah meningkat, peniaga juga senyum lebar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!