RM15 juta untuk Harimau Malaya

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan peruntukan RM10 juta khusus untuk memperkukuh pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.

Berucap di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan (MoF), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM5 juta turut diberikan oleh syarikat swasta sebagai komitmen mereka terhadap sukan tersebut.

"Hari ini mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutamanya orang muda minat bola sepak.

"RM15 juta ini khusus untuk kebajikan, latihan dan makan minum pasukan, jurulatih serta pengurusan supaya kita dapat mengangkat nama Harimau Malaya sebagai gergasi asia," katanya pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Menurutnya, suatu perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diadakan sebaik beliau pulang dari Rusia, Jumaat ini.

"Kalau kita dapat jurulatih yang betul-betul menunjukkan komitmen mereka, tidak kisah dari luar pun, saya yakin kita akan dapat capai.

"Saya akan maklumkan hal ini kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yoeh supaya dapat selaras dan mungkin saya akan minta salah seorang pegawai kanan MoF untuk memantau pengurusan kewangan agar teratur," jelas Anwar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!