Pemborong dikenakan tindakan simpan minyak masak melebihi had

Pegawai KPDN Perak Cawangan Teluk Intan melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Langkap, dan mengesan premis itu menyimpan minyak masak melebihi had yang ditetapkan pada Isnin. Foto ihsan KPDN Perak

A
A
A

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sejumlah 23,015 kilogram (kg) minyak masak dalam pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Langkap di sini pada Isnin.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, sitaan dilakukan selepas premis itu disyaki menyimpan barang berjadual minyak masak melebihi had kuantiti yang dibenarkan.

Menurut beliau, tindakan itu adalah hasil daripada pemeriksaan harian yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ke atas pemborong tersebut sekitar jam 11 pagi.

Sebuah syarikat pemborong dikenakan tindakan selepas didapati menyimpan minyak masak melebihi had dalam pemeriksaan di Langkap, Teluk Intan. Foto ihsan KPDN Perak
Sebuah syarikat pemborong dikenakan tindakan selepas didapati menyimpan minyak masak melebihi had dalam pemeriksaan di Langkap, Teluk Intan. Foto ihsan KPDN Perak

"Hasil pemeriksaan mendapati kuantiti semasa minyak masak melalui pengisytiharan stok, rekod belian dan rekod jualan minyak masak melebihi had simpanan yang ditetapkan dalam lesen iaitu hanya 10,000 kg.

"Dengan penemuan itu, pemilik perniagaan memperakui pengisytiharan stok tersebut dan menyimpan minyak masak melebihi had kuantiti yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Kamalludin berkata, kesemua minyak masak yang bernilai RM96,663 itu telah disita bagi siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!