Pencemaran bau dikesan di tiga taman di Johor Bahru
JOHOR BAHRU - Pencemaran bau dikesan di Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini pada awal pagi Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan I Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 1.39 pagi.
Menurut beliau, seramai 19 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Terdapat pencemaran bau di tiga taman tersebut. Bau tersebut masih belum dapat dikenal pasti jenis dan tahap kemerbahayaan.
“Tindakan operasi semasa adalah dengan membuat pemantauan menyeluruh dan bacaan udara menggunakan ‘gas detector’ oleh BBP Tebrau dan Unit Hazmat BBP Larkin.
“Operasi masih lagi diteruskan sehingga kini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!