Premis kilang cemar longkang dikompaun

Hasil pemeriksaan mendapati longkang diselaputi dengan 'sludge' minyak tepu daripada kilang di Jalan Korporat.
Hasil pemeriksaan mendapati longkang diselaputi dengan 'sludge' minyak tepu daripada kilang di Jalan Korporat.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan kompaun ke atas sebuah dari dua kilang yang diperiksa dalam satu operasi penguatkuasaan premis di Jalan Korporat di sini.

Tindakan diambil berikutan kilang terbabit dikesan mengeluarkan efluen masakan dan mandian pekerja ke dalam longkang berhampiran.

Sebuah dari dua kilang yang diperiksa dalam satu operasi penguatkuasaan premis di Jalan Korporat
Sebuah dari dua kilang yang diperiksa dalam satu operasi penguatkuasaan premis di Jalan Korporat

MBDK dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima pihak berkuasa tempatan itu menerusi Jabatan Pelesenan.

"Hasil pemeriksaan mendapati longkang diselaputi dengan 'sludge' minyak tepu daripada kilang berhadapan beralamat Jalan Korporat.

Pemeriksaan itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima pihak berkuasa tempatan itu menerusi Jabatan Pelesenan.
Pemeriksaan itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima pihak berkuasa tempatan itu menerusi Jabatan Pelesenan.

"Dua premis berhadapan dengan longkang diperiksa, sebuah premis dikompaun kerana mengeluarkan efluen masakan dan mandian pekerja ke longkang berkenaan (PTPP 2007 uuk 22)," menurut kenyataan itu di laman Facebook MBDK pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!