MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini

Pertembungan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan di Pusat Latihan Selangor FA, di sini.
Pertembungan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan di Pusat Latihan Selangor FA, di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua menteri besar bakal berentap dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hingga 7 malam ini.

Pertembungan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan di Pusat Latihan Selangor FA, di sini.

Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.

Mengintai di ruangan komen Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), majoriti penggemar sukan bola sepak teruja untuk melihat dua pemimpin negeri terbabit berentap dan menunjukkan skil masing-masing di atas padang.

“Salam ukhuwah Selangor dan Kedah,” ujar ringkas Khairul Azman.

“Budaya politik matang dan sejahtera perlu dipraktikkan, bukan retorik semata-mata. Budaya ini bakal diteladani oleh generasi sejahtera,” kata Mohd Amirrudin Ismail.

“Kami sokong Kedah la... Pulun Kedah Pulun,” komen Putera Asyraf pula.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!