Kelibat buaya di Tasik Shah Alam, orang ramai diminta berhati-hati

Tular hantaran mengenai kelibat seekor buaya di Tasik Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.
Tular hantaran mengenai kelibat seekor buaya di Tasik Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 susulan tular dakwaan kemunculan seekor buaya di tasik berkenaan pada Isnin.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya mengambil maklum berkaitan perkara berkenaan.

MBSA mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati beriadah di Tasik Seksyen 7, Shah Alam.
MBSA mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati beriadah di Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

"Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7.

"Tindakan lanjut sedang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBSA dan Jabatan Perhilitan berkaitan kehadiran buaya berkenaan," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan perkara itu.

Pada Isnin, tular satu hantaran mendakwa terdapat kelibat seekor buaya di Tasik Seksyen 7 di sini menerusi media sosial.

Terdahulu, pada 2019 penduduk Shah Alam turut digemparkan dengan kehadiran seekor anak buaya tembaga di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 di sini.

Artikel Berkaitan:

Anak buaya tembaga itu ditemui di pam air tasik terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!