Apa jadi SG4, jika BN rampas semula Terengganu, Kedah dan Perlis? - Puad

Mohd Puad
Mohd Puad
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) sekiranya satu atau dua kerajaan negeri Perikatan Nasional itu bertukar tangan.

Mohd Puad berkata, ini kerana bukan mustahil negeri Terengganu, Kedah dan Perlis dirampas semula Barisan Nasional (BN).

"Apa akan jadi kepada Syarikat SG4 jika satu atau dua kerajaan negeri PN bertukar tangan. Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah.

"Tidak pernah empat negeri berkongsi buat satu syarikat, Sanusi pula tidak suka kongsi. Takut Sanusi kata Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, empat kerajaan negeri ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) menubuhkan SG4 Group untuk tujuan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Ketua Panel Penasihat Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan negeri terbabit iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis masing-masing memiliki 25 peratus ekuiti syarikat tersebut.

Tambah Mohd Puad, justeru penubuhan syarikat SG4 itu bermotif politik bukan perniagaan.

"Apa lagi penasihatnya adalah Tun M," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!