Tolak silibus Bahasa Melayu: KPM digesa tarik segala bantuan

Muafakat, Perkasa dan beberapa NGO lain mengadakan sidang media mengenai sembilan institusi pendidikan Cina tolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular yang diadakan pada Selasa.
Muafakat, Perkasa dan beberapa NGO lain mengadakan sidang media mengenai sembilan institusi pendidikan Cina tolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular yang diadakan pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menarik balik segala keistimewaan diberikan kepada mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang membantah penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, segala keistimewaan itu termasuk bantuan pembangunan sekolah, tender kantin dan pekerja kebersihan, bekalan buku teks, penempatan guru kerajaan dan sebagainya.

Syed Hassan
Syed Hassan

“Kita tidak lupa dengan penolakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan bangsa Cina di Pulau Pinang juga telah menolak dengan keras untuk pelaksanaan satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Apakah penolakan ini menjadikan dasar KPM berat sebelah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) yang ada peruntukan tambahan tahunan berbanding sekolah vernakular yang terus mendapat dana tambahan setiap tahun?” soalnya ketika sidang media bersama beberapa NGO lain di sebuah hotel pada Selasa.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan lain-lain.

Sebelum ini, sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini dilaporkan sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Antaranya, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur dan Majlis Bahasa Cina Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina Universiti Tun Abdul Rahman (UTAR), Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.

Mengulas lanjut, Syed Hassan memaklumkan, barisan NGO turut menggesa KPM untuk memperjelaskan mengenai keabsahan bahawa silibus Bahasa Melayu adalah berbeza antara SK dan SJK.

“Kami terkejut dengan perbezaan silibus ini malah menjadi persoalan besar mengenai keabsahan SJK telah menolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu.

“Dong Zhong dan beberapa lagi NGO berteraskan bangsa Cina telah menolak ‘mentah-mentah’ malah mempertikai usaha KPM dalam memperkasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Amal Sejagat, Izzat Johari mendakwa pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah bertujuan memudahkan murid-murid SJK yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu untuk memasuki sekolah menengah.

Izzat
Izzat

“Ini terbukti akhirnya yang mana perkara rumit itu (silibus berbeza) dapat juga diketahui. Sedia maklum, cikgu-cikgu di sekolah sukar untuk menyalurkan maklumat kepada NGO.

“Bukan itu sahaja, cikgu juga sukar untuk bersuara (memaklumkan). Jika bersuara akan menjadi seperti saya (dibuang sekolah),” kata Izzat.

@sinarharianonline

Tolak silibus Bahasa Melayu: KPM digesa tarik segala bantuan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #Pendidikan #Silibus #BahasaMelayu #KPM #Bantuan

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!