UMP Holdings dijenamakan semula sebagai UMPSA Holdings

UMP Holdings dijenamakan semula sebagai UMPSA Holdings. Gambar hiasan.
UMP Holdings dijenamakan semula sebagai UMPSA Holdings. Gambar hiasan.
A
A
A

UMP Holdings Sdn Bhd (UMPH) dijenamakan semula sebagai UMPSA Holdings Sdn Bhd berkuat kuasa pada 1 September.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, langkah ini selaras dengan penjenamaan semula Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkuat kuasa 14 April tahun lalu.

"Penjenamaan semula itu turut membabitkan ketiga-tiga anak syarikat UMP Holdings Sdn Bhd. Sehubungan itu, UMP Services Sdn Bhd dijenamakan semula sebagai UMPSA Services Sdn Bhd, UMP Technology Sdn Bhd sebagai UMPSA Technology Sdn Bhd dan UCT Solutions Sdn Bhd sebagai UMPSA Consultancy Sdn Bhd.

“Pertukaran semua nama anak syarikat UMP Holdings Sdn Bhd kepada nama baharu ini turut berkuat kuasa 1 September,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

UMPH dimiliki sepenuhnya sepenuhnya UMPSA.

Sementara itu, Syed Alwi menerusi kenyataan sama turut memaklumkan UMPH dengan kerjasama UMPSA akan menganjurkan Persidangan Kedua Rethinking the Future of

Sustainability (ReTHINK 2024) pada 11 dan 12 September 2024 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Jelasnya, persidangan yang mengangkat tema 'Emerging Trends in Smart Agriculture and Plantations' itu turut menyaksikan ucaptama oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 12 September.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, persidangan ini akan turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak.

Ujar Syed Alwi lagi, majlis ini juga akan menampilkan pakar industri dan akademik terkemuka untuk membincangkan isu berkaitan keselamatan makanan, pertanian pintar dan inovasi teknologi dalam industri pertanian dan perladangan untuk memacu daya saing dan kemampanan.

"Perbincangan dan pembentangan akan memberi fokus kepada peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri pertanian dan perladangan dalam mencapai pertumbuhan ekonominya serta perseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar dalam industri tersebut," katanya.

Antara pakar industri dan akademik yang akan berkongsi idea dan perspektif mereka di persidangan dua hari itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA, Profesor Dr Ahmad Ziad Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tanah Makmur Berhad, Datuk Shahrul Nizam Abdul Aziz; Pegawai Eksekutif, Pahang Go, Affandi Mohd Isa dan Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) UMPSA, Dr Mohd Shiraz Aris.

Selain itu, Ketua Teknologi Pemprosesan, SD Guthrie Research Sdn Bhd, Dr Kanwal Deep; Pengarah, Penyelidikan & Pembangunan, Ajmal Perfumes; Benjamin Mead.

Pakar industri lain yang turut akan mengupas isu menarik dalam persidangan ini ialah Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA, Profesor Madya Dr Nina Suhaity Azmi; Pengasas/Ketua Saintis, Qarbotech Sdn Bhd, Profesor Dr Suraya Abdul Rashid; Ketua Pegawai Eksekutif, Grasicili, Munir Ashim Abdullah dan Ketua Pengarah, Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Ramle Kasin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!