Pemerdagangan manusia: MHO serah dokumen kepada polis

Hishamuddin (tengah) dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, pada Selasa.
Hishamuddin (tengah) dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak polis berhubung dakwaan kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, dokumen itu diserahkan ketika pihak polis mengambil keterangan beliau di Pejabat Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) pada jam 9.30 pagi.

"Saya bersama ahli jawatankuasa MHO, Azirul Shafiq dipanggil membantu siasatan kes yang sedang disiasat oleh polis.

“Kami telah dipanggil untuk rakam percakapan berkaitan isu pemerdagangan manusia melibatkan individu-individu tertentu termasuk rakyat Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, pada Selasa.

Hishamuddin berkata, pihaknya juga telah menyerahkan dokumen mengenai laporan dikeluarkan 'United State Institute of Peace' yang mendedahkan penglibatan rakyat Malaysia dalam kes pemerdagangan manusia.

"'United State Institute of Peace' telah mengeluarkan jurnal berkenaan sebelum disiarkan dalam portal.

“Dokumen ini telah disiarkan dalam talian untuk tatapan umum dan ia merupakan rahsia terbuka serta ditulis secara jelas, kita telah serah dokumen berkenaan kepada pihak penyiasat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!