Siapa punya barang ini?
SHAH ALAM - Orang ramai kini boleh membuat tuntutan barangan yang tertinggal atau tercicir di Floria Diraja Putrajaya 2024 bermula 3 September hingga 8 September 2024.
Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, mereka boleh pergi ke kaunter informasi Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
"Kepada sesiapa yang masih belum tuntut barangan tertinggal atau dijumpai sewaktu berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya pada 22 Ogos hingga 1 September 2024 di Persisiran Tasik Presint 2, kini anda boleh membuat tuntutan bermula esok.
"Sebanyak 45 jenis barang yang disenaraikan antaranya payung, kasut, botol susu, kad bank, wang tunai, rantai kanak-kanak, beg, topi, bantal dan sebagainya," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.
Sebarang maklumat boleh hubungi pegawai mereka iaitu Liyana (016-5662546) atau Syahida (013-9679808).
Sebelum itu, Floria Diraja Putrajaya 2024 mempamerkan lebih 500 jenis orkid daripada pelbagai spesies dan hibrid pelbagai warna termasuk lebih 15 koleksi orkid khas yang terdiri daripada nama-nama Diraja dan orang kenamaan.
Tema festival itu tahun ini ialah 'Raikan Bersama, Celebrate Together!' bermula 9 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis, manakala 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!