TMJ cadang Harimau Malaya diswastakan

Tunku Ismail (dua,kiri), bersama Anwar (dua, kanan), pada 23 Ogos lalu.
Tunku Ismail (dua,kiri), bersama Anwar (dua, kanan), pada 23 Ogos lalu.
A
A
A

SEBAIK sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial miliknya.

Malah, Tunku Ismail turut berkongsi mengenai sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu kelak.

Skuad Harimau Malaya bakal berubah wajah.
Skuad Harimau Malaya bakal berubah wajah.

Berdasarkan dokumen itu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.

Selepas itu, mereka akan dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Untuk rekod, cadangan sama pernah dibangkitkan sebelum ini, namun mendapat tentangan hebat daripada pemerhati dan bekas pemain skuad kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkongsian itu juga, Tunku Ismail turut memuat naik gambar bersama Anwar yang dirakamkan pada 23 Ogos lalu, sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC.

Tunku Ismail melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.
Tunku Ismail melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan durian runtuh buat pasukan negara dengan peruntukan sebanyak RM15 juta sempena Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan, pada Selasa.

Dimaklumkan, RM10 juta datangnya daripada kerajaan menerusi Kementerian Kewangan manakala baki RM5 juta lagi merupakan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!