Salah guna anugerah istana jejas integriti, beri imej buruk

Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan.Gambar kecil: Hamdan
Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan.Gambar kecil: Hamdan
A
A
A

SHAH ALAM - Penyalahgunaan lambang kebesaran dan anugerah istana merupakan satu tindakan biadab yang bukan sahaja menjejaskan integriti malah mengundang kepada imej buruk institusi diraja.

Pengerusi Rasuah Buster Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, ia juga melanggar prinsip rukun negara yang kedua iaitu kepercayaan kepada raja dan negara.

"Jika perkara sebegini terus berlaku maka nama dan imej istana akan buruk. Oleh itu, mereka yang tidak bertanggungjawab haruslah dikenakan tindakan tegas.

"Pihak berkuasa perlu memastikan mereka yang bersalah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan setimpal seperti dibuang daerah atau negeri agar tiada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas gelaran palsu dan sebagainya," katanya pada Selasa.

Sebelum itu, polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tindakan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Menurutnya, laporan polis telah diterima daripada Pertubuhan Jenayah Kebangsaan mengenai penggunaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) membawa gelaran Datuk yang tidak wajar.

Tambah Hamdan Daniel, sudah pasti tindakan itu akan memberi rasa kurang selesa kepada penerima anugerah secara sah.

Artikel Berkaitan:

"Banyak akibatnya apabila ada pihak yang meneguk di air keruh dan suka mengambil kesempatan atas kurniaan darjat kebesaran yang palsu untuk mengaut keuntungan peribadi.

"Sikap sebegitu dan akan menyusahkan ramai pihak," ujarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!