Pura-pura tengok, sebelum larikan telefon bimbit

Seorang lelaki bertindak melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah premis menjual telefon di Muar, pada Ahad. (Gambar kecil: Raiz Mukhliz) (Gambar hiasan) Foto 123rf
Seorang lelaki bertindak melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah premis menjual telefon di Muar, pada Ahad. (Gambar kecil: Raiz Mukhliz) (Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

MUAR - Seorang jurujual wanita tergamam apabila seorang lelaki bertindak melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah premis menjual telefon bimbit di sini, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz, polis menerima laporan polis berhubung insiden berkenaan sekitar jam 11.49 pagi, pada hari yang sama.

Malah katanya, polis juga telah mengesan video tular mengenai kejadian tersebut yang berdurasi satu minit dan 10 saat.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati kejadian berlaku ketika jurujual berkenaan sedang bekerja di kedai telefon berkenaan.

“Jurujual berkenaan telah didatangi oleh suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan dan jurujual berkenaan melayan suspek dengan memberikan suspek melihat sebuah telefon bimbit.

“Bagaimanapun, suspek secara tiba-tiba telah melarikan diri bersama telefon bimbit tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Polis menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dikesan melakukan aktiviti seumpamanya demi memastikan keselamatan harta benda orang ramai sentiasa terjaga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!