Jumlah kematian akibat banjir di Yaman meningkat kepada 95

Angka kematian selepas sebulan hujan lebat dan banjir di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman meningkat kepada 95 orang, dengan 34 mangsa cedera.
Angka kematian selepas sebulan hujan lebat dan banjir di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman meningkat kepada 95 orang, dengan 34 mangsa cedera.
A
A
A

SANAA - Angka kematian selepas sebulan hujan lebat dan banjir di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman meningkat kepada 95 orang, dengan 34 mangsa cedera, Xinhua memetik laporan TV al-Masirah yang dikendalikan Houthi pada Selasa.

Puluhan rumah di seluruh wilayah itu ranap atau dihanyutkan hujan lebat dan banjir, kata stesen televisyen itu, memetik kenyataan daripada jawatankuasa kecemasan Houthi.

Dua minggu lepas, pihak berkuasa kesihatan tempatan di Hodeidah melaporkan sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dan lebih 12,000 rumah rosak akibat hujan lebat dan banjir.

Di wilayah jiran Al-Mahwit, televisyen Houthi berkata, pencarian 20 orang yang hilang masih dijalankan di daerah Malhan, apabila bencana hujan, banjir dan tanah runtuh meragut 30 nyawa, menghanyutkan puluhan rumah, dan memutuskan laluan ke daerah itu minggu lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran tentang kemungkinan penyebaran penyakit akibat air tercemar dan sanitasi yang buruk semasa musim hujan di negara terjejas konflik itu.

Yaman terperangkap dalam perang saudara sejak akhir 2014 apabila kumpulan Houthi merampas beberapa wilayah utara, memaksa kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa keluar dari ibu negara Sanaa. -Bernama/Hinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!