Beri penerangan berterusan isu buli siber

Penduduk yang hadir pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.
Penduduk yang hadir pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Pihak berwajib perlu sentiasa memberikan penerangan berhubung isu buli siber kepada orang ramai terutamanya penduduk kampung.

Ketua Kampung Bentong, Tumin Tukicho berkata, buli siber antara perkara yang perlu diberikan perhatian serius agar tidak terus berleluasa pada masa hadapan.

Menurutnya, isu buli siber ini juga boleh memberikan kesan negatif kepada orang ramai.

Sesi penerangan yang diadakan pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.
Sesi penerangan yang diadakan pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.

“Isu buli siber ini perlu sentiasa diberikan perhatian kepada orang ramai.

“Sesi penerangan berkaitan isu buli siber ini juga perlu diadakan selain edaran bahan penerbitan kepada orang ramai,” katanya.

Tumin berkata demikian sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Komuniti Madani Bandar Kluang, Mohd Khairul Ishak dan Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan:

Penduduk yang hadir pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.
Penduduk yang hadir pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Madani bersama Komuniti di Warung Zai Sham, Kampung Bentong pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Sharir berkata, Jiwa Madani adalah satu program yang berkonsep turun padang dan antara cara yang berkesan bagi menyalurkan maklumat serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

“Lagi pun, program ini secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada orang ramai untuk melontarkan pandangan dan isu setempat kepada pihak kerajaan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!