Tuntutan caj air: Pulau Pinang sedia jumpa Kedah di mahkamah

Chow Kon Yeow, Sanusi
Chow Kon Yeow, Sanusi
A
A
A

GEORGE TOWN - Belum ada sebarang tindakan undang-undang berhubung isu tuntutan bayaran caj air mentah dikemukakan oleh kerajaan negeri Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya masih menunggu tindakan sewajarnya dari Kedah berhubung isu terbabit.

"Terpulang kepada Kedah untuk mengambil tindakan sewajarnya, dan kita (kerajaan negeri) akan memberikan respons yang sewajarnya juga berkaitan isu ini.

"Kalau cuma cakap, kita jawab cakap sahaja, kalau masuk ke mahkamah kita akan jawab dalam mahkamah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian pajakan bagi membangunkan semula Hotel Warisan 1926 di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah yang berhasrat mahu membawa isu berhubung tuntutan bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang ke mahkamah.

Ketika ditanya mengenai peluang Pulau Pinang untuk memenangi kes tersebut, Kon Yeow menyatakan bahawa terdapat pelbagai undang-undang termasuk konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air.

"Mahkamah perlu memutuskan tetapi memang ada pelbagai undang-undang serta konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air melibatkan lebih daripada satu negara mahupun negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!