KUSEL kongsi kepakaran dengan UiDA

MoU antara KUSEL dan UiDA ditandatangani Khairul Azmi (depan, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UiDA, Ir Ahmad Taufik Radzi (depan, kanan) disaksikan Amirudin (belakang, empat dari kiri) dan Muhammad Sanusi (belakang, empat kanan). Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
MoU antara KUSEL dan UiDA ditandatangani Khairul Azmi (depan, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UiDA, Ir Ahmad Taufik Radzi (depan, kanan) disaksikan Amirudin (belakang, empat dari kiri) dan Muhammad Sanusi (belakang, empat kanan). Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

MENTERI Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) bagi berkongsi kepakaran, teknologi, jaringan perkhidmatan dan khidmat nasihat.

Pengarah Urusan KUSEL, Khairul Azmi Misran berkata, beliau percaya, UiDA dan KUSEL mempunyai visi senada dan perlu bergerak seiringan dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur utiliti di kawasan masing-masing.

Khairul Azmi Misran. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Khairul Azmi Misran. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Hal ini akan memberikan manfaat dua hala bukan hanya kepada KUSEL dan UiDA, malah kepada rakyat Selangor dan Kedah," katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUSEL dan UiDA di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

MoU antara KUSEL dan UiDA ditandatangani Khairul Azmi dan Ketua Pegawai Eksekutif UiDA, Ir Ahmad Taufik Radzi disaksikan Menteri Besar Selangor dan Kedah, Datuk Seri Amirudin Shari serta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Ts Saipolyazan M Yusop.

KUSEL merupakan entiti yang bertanggungjawab sebagai Agensi Perkhidmatan Setempat (OSA) dalam penyelarasan dan pengurusan koridor utiliti serta pemudah cara dalam proses permohonan permit utiliti di Selangor.

KUSEL turut memainkan peranan yang strategik dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menerusi pengenalan “Common Utility Trenches” serta sebagai penyedia koridor utiliti dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS), Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) dan Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE-SMG).

Artikel Berkaitan:

Khairul Azmi mengulas lanjut berkata, jalinan usahasama yang dimuktamadkan memperlihatkan UiDA dan KUSEL berganding bahu, khususnya dalam aspek perkongsian kepakaran, teknologi, jaringan perkhidmatan, sokongan dan khidmat nasihat.

"Melihat ke hadapan, KUSEL akan terus menyokong aspirasi kerajaan Selangor dalam aspek pemerkasaan ekonomi negeri termasuk menyokong visi kerajaan negeri ke arah membangunkan Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025, selaras dengan objektif RS-1," ujarnya.

Amirudin (dua dari kiri) dan Muhammad Sanusi (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara KUSEL dan UiDA di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Amirudin (dua dari kiri) dan Muhammad Sanusi (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara KUSEL dan UiDA di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, menurut Saipolyazan, kepakaran KUSEL dalam menguruskan utiliti di Selangor dapat memberi panduan kepada UiDA dalam membentuk peranannya sebagai agensi penyelaras bagi pembangunan infrastruktur utiliti di negeri Kedah.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya berkata, salah satu bidang tumpuan dalam RS-1 adalah transformasi teknologi yang merujuk kepada memanfaatkan kuasa teknologi dalam tadbir urus negeri.

“Keupayaan untuk memanfaatkan kuasa teknologi berupaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta membolehkan “ease of doing business”.

"Dalam konteks KUSEL, ia berkait rapat dengan pengurusan infrastruktur utiliti asas yang sistematik dan efisien, bertepatan dengan fungsi KUSEL sebagai sebuah OSA bagi memudah cara urusan perniagaan dalam sektor infrastruktur utiliti di Selangor, selain dapat memastikan tadbir urus yang baik dipratikkan sepanjang masa dalam proses permohonan permit utiliti di Selangor," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!