Empat projek RMK-12 NCER pacu ekosistem pelancongan Perak

Saarani (tengah) menyampaikan penghargaan kepada peserta Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program DU@NCER dan NEST Perak di Ipoh. Foto: Pejabat Menteri Besar Perak
Saarani (tengah) menyampaikan penghargaan kepada peserta Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program DU@NCER dan NEST Perak di Ipoh. Foto: Pejabat Menteri Besar Perak
A
A
A

IPOH - Projek pembangunan sektor pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Perak berada di landasan tepat bagi memacu ekosistem pelancongan mampan menjelang 2025.

Sejumlah RM61.2 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan empat projek utama dalam sektor pelancongan negeri itu.

Dua daripada projek tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya telah membawa impak positif dengan merancakkan industri pelancongan negeri serta mewujudkan pelbagai peluang ekonomi baharu untuk masyarakat setempat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek yang telah disiapkan adalah pembangunan semula pusat pelancongan Taman Eko Rimba Lata Kinjang di Tapah dan projek infrastruktur Pelancongan Warisan Ipoh yang telah menyokong aspirasi Tahun Melawat Perak 2024.

Saarani (tujuh dari kanan) menyempurnakan Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program DU@NCER dan NEST Perak di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh pada Selasa. Foto: ihsan Pejabat Menteri Besar Perak
Saarani (tujuh dari kanan) menyempurnakan Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program DU@NCER dan NEST Perak di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh pada Selasa. Foto: ihsan Pejabat Menteri Besar Perak

"Dua lagi projek pembangunan strategik yang sedang dalam fasa pelaksanaan adalah Pembangunan Trail Pelancongan di Pengkalan Hulu dan Pembangunan Pelancongan Arkeologi Lembah Lenggong yang merupakan salah sebuah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kedua-dua projek baharu ini akan memangkin daya tarikan dan melengkapi pakej pelancongan di Perak di peta dunia bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara selaras dengan salah satu program flagship iaitu Ekonomi Pengalaman di bawah Perak Sejahtera 2030,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Saarani turut menyempurnakan Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program Dana Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (DU@NCER) dan Tranformasi Usahawan Mampan NCER (NEST) Perak.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh mengenai potensi baharu untuk sektor ekonomi di Perak, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan berkata, NCIA kini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan Hab Agro Makanan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Perak yang dipacu oleh kerjasama pelaburan awam swasta.

“Projek ini akan menjadikan negeri itu sebagai hab agromakanan yang kondusif, inovatif, berdaya maju serta mampan yang menyokong agenda keterjaminan makanan negara selain membantu mewujudkan peluang pekerjaan baharu, selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER.

“Hab Agro Makanan NCER ini berpotensi menyumbang sebanyak RM500 juta kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perak dan meningkatkan pendapatan petani tempatan sehingga 25 peratus hasil adaptasi teknologi pertanian moden,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!