Fikri, Hakimi kembali sertai KDN FC
KELANTAN Darul Naim FC (KDN) tampak serius memperkasakan pasukan apabila membawa pulang dua pemain kelahiran negeri ini, Fikri Che Soh dan Hakimi Abdullah bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Fikri Che Soh yang beraksi di posisi penjaga gol dibawa pulang dari Kedah Darul Aman FC manakala Hakimi Abdullah menjadi pemain Terengganu FC kedua menyertai Sang Kijang Emas secara pinjaman sehingga tamat musim ini.
KDN FC dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemain itu sudah menjalani latihan secara rasmi bersama pemain lain sejak beberapa hari lalu.
"Kehadiran Fikri amat diperlukan dalam mengukuhkan posisi nombor satu Kelantan Darul Naim FC.
"Sementara, Hakimi dijangka diberi peranan lebih besar oleh ketua jurulatih untuk mempertajamkan jentera serangan," katanya.
Hakimi sebelum ini adalah antara tonggak Terengganu di mana telah merekodkan 50 penampilan keseluruhan tetapi tidak mendapat tempat pada musim 2024.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!