'Kahwin dua, saya tak nak jawab' - Sanusi

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas desas-desus mengenai dakwaan mengenai perkahwinan keduanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu bercakap mengenai perkara itu.

“Saya tak nak jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat perlawanan Persahabatan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi di Pusat Latihan Selangor FA, di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi secara terbuka bercakap mengenai spekulasi beliau berkahwin dengan seorang anggota polis yang menyiasat kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Menerusi ucapan sempena Sidang Kemuncak SG4 pada Ahad, beliau memberi kenyataan samar berhubung desas-desus perkahwinan tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!