Pilihan MB Kedah tewaskan pilihan MB Selangor 8-5

Muhammad Sanusi (kiri) bersama Amirudin (kanan) bertukar-tukar jersi sebelum memulakan perlawanan. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Muhammad Sanusi (kiri) bersama Amirudin (kanan) bertukar-tukar jersi sebelum memulakan perlawanan. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PASUKAN pilihan Menteri Besar Kedah berjaya menewaskan pilihan Menteri Besar Selangor, 8-5 dalam aksi persahabatan pada hari ini.

Kedua-dua pasukan menampilkan aksi agresif untuk mencari gol.

Pada separuh masa pertama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjaringkan gol buat pasukan itu.

Beliau yang ditemui selepas sesi penyampaian hadiah berkata, perlawanan tersebut merupakan langkah politik matang walaupun masing-masing berlainan parti.

Muhammad Sanusi (dua dari kanan) sedang beraksi dalam Perlawanan persahabatan bola sepak antara pilihan MB Selangor dan MB Kedah di FA Selangor Training Centre pada petang Selasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Katanya, aktiviti sukan sememangnya menyatukan semua pihak tanpa mengira latar belakang.

“Alhamdulillah terima kasih kepada kedua-dua kumpulan terutama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang telah menyediakan tempat perlawanan.

“Untuk hubungan negeri-negeri ini langkah yang baik saya harap di negeri lain pun boleh lawan bola.

Artikel Berkaitan:

“Ini cara santai kerana selama 67 tahun kita merdeka, sepatutnya lebih matang untuk saling bertukar-tukar pandangan. Saya jemput pasukan Selangor untuk datang ke Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perlawanan Persahabatan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Amirudin dan pilihan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi di Pusat Latihan Selangor FA, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.

Sementara itu, menurut Amirudin, perbezaan parti politik tidak menghalang mereka untuk bersama-sama beramah mesra selain menyantuni kerajaan negeri Kedah dalam lawatan rasmi ke Selangor.

Perlawanan persahabatan bola sepak antara pilihan MB Selangor dan MB Kedah di FA Selangor Training Centre pada petang Selasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Perlawanan persahabatan bola sepak antara pilihan MB Selangor dan MB Kedah di FA Selangor Training Centre pada petang Selasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Tambah beliau, selepas pilihan raya negeri (PRN), masing-masing perlukan masa untuk ‘bertenang’ bagi membuat dasar dan polisi.

“Kebetulan ada lawatan rasmi daripada kerajaan negeri Kedah kita adakan acara santai ini. Kalau semua formal tak menjadi. Lebih santai dan mesra. Kita anjurkan untuk penonton dan tetamu yang datang dari utara.

“Dari segi pentadbiran kita tidak ada masalah. Cuma selepas keadaan pilihan raya jadi ketenangan itu perlu diredakan supaya masing-masing ada ruang untuk melaksanakan dasar atau polisi.

“Perbezaan boleh tetapi kita masih lagi rakyat Malaysia kita ada tanggungjawab bersama,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!