Tiga lelaki pukul warga asing ditahan

Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan mangsa warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, dekat sini pada Selasa. Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan mangsa warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, dekat sini pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan mangsa warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 30 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dari seorang lelaki warga asing yang mendakwa semasa dia berada di pusat hiburan itu, sekumpulan lelaki telah datang lalu memukulnya menggunakan botol kaca.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian kepala, tangan dan kaki, malah dia juga mendapati duitnya sebanyak RM2,000 turut hilang disyaki telah diambil semasa sedang bergelut dengan suspek," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut dan punca kejadian itu masih dalam siasatan.

Tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!