Pencapaian Noor Askuzaimey raih perhatian Nicol Ann

Noor Askuzaimey
Noor Askuzaimey
A
A
A

PENCAPAIAN pemain boccia negara, Noor Askuzaimey Mat Salim meraih perhatian legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David walaupun menamatkan Sukan Paralimpik Paris 2024 selangkah daripada kedudukan podium.

Nicol berkata, beliau kagum dengan semangat juang atlet para itu yang meraih tempat keempat pada perlawanan akhir boccia individu wanita BC4 (kecacatan fizikal) semalam.

“Saya ingat saya beritahu dia - anda hebat hanya dengan mewakili negara...lakukan yang terbaik dan anda akan baik-baik sahaja kerana anda kuat dan bertenaga...terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya dengan menonton anda berjuang bermati-matian,” katanya dalam perkongsian di Facebook yang didedikasikan buat Noor Askuzaimey hari ini.

Noor Askuzaimey ketika menentang Cheung pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Noor Askuzaimey ketika menentang Cheung pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Semalam, harapan Noor Askuzaimey untuk menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris musnah selepas ditewaskan pemain Colombia, Leidy Chica 7-1 dalam perlawanan penentuan gangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!